Khamis, 17 Januari 2008

K Untuk Kawan

"Mentari sentiasa bersinar walaupun si buta tidak dapat melihat", kata si kecil Ah Chai dgn nada defensif. Cuba untuk menyampaikan sesuatu lagaknya. Ada sesuatu yang bermain dikepalanya sejak akhir-akhir ini. Benda yang semakin sulit untuk diterangkan. "Minat, hobi,....aaah..entahlah", Bentak hati kecil Ah Chai.

"Ya", keluh Ah Nuan bersahaja. Persis acuh tak acuh. Sengaja mengganggu lamunan Ah Chai yang sejak dari tadi begitu asyik bermain asap yang keluar bersama kata-kata defensif dari mulutnya.

Ah Nuan cuba untuk menenangkan Ah Chai tetapi dia mahu cara lebih 'bersahaja' dan tidak menekan. Yakin tindakan mengubah topik perbualannya itu bakal membuatkan Ah Chai lupa sebentar dengan masalahnya, dia bingkas bangun sambil berkata, "borang Muzium kau dah ambil kan?". "Aku mahu cuba".

Mereka berdua saling berbalas pandangan. Kerut di dahi Ah Chai ditelan Ah Nuan dengan penuh tanda tanya. Perlahan Ah Chai meraba-raba sesuatu di dalam beg hijau kepunyaannya. " Nah", kata Ah Chai dengan senyuman. "Mmmm", tersekat nafas Si Ah Nuan menyambut borang yang dia sendiri tak tahu apa tujuan. Yang dia tahu sekarang ialah; cari kerja sementara. Duit simpanan baki pinjaman PTPTN nya semakin susut, jadi dia mesti berbuat sesuatu sementara menunggu panggilan dari Kementerian Pendidikan yang sering menjanjikan kata-kata yang setakat ini dilihat sekadar ungkapan untukmenenangkan hatinya.


Sambil membalas senyuman Ah Chai, Ah Nuan menerung dalam sekeping kertas tersebut sambil menggigit-gigit bibirnya.

Keadaan sunyi seketika. Suasana agak kelam diselebungi hampas tembakau yang setia menemani Ah Chai sejak beberapa tahun yang lepas. Hanya terdengar bebelan kecil Ah Nuan yang cuba memahami kehendak sekeping kertas yang baru diperolehi dari Ah Chai tadi.

"oh, ya...", Ah Chai cuba memulakan perbualan yang dari tadi terputus. Tapi belum sempat pun nafasnya ditarik ke rongga paru-paru yang mula dipenuhi oleh asap si nikotin, Ah Nuan menyampuk sekaligus memotong buah bicara Ah Chai, "aku baru perasan di borang ni ada tulis RM2. Aku bagi nanti ya?". Kata Ah Nuan sambil tersengih.


"RM2?...Ah Nuan, apa tu?", Sambil menggaru kepalanya yang sememangnya gatal itu. Kemudian cepat-cepat dia mengias rambutnya. Ah Chai yang lebih senang dengan konsep rambut yang seakan-akan 'terbiar' itu kemudiannya menyambung perlahan;"...akuu", ah Chai berhenti seketika. Menghela nafas diiringi dengan si nikotin peneman setia Ah Chai."...belikan khas utk kau...ambilah..gunakan ia tanpa was-was.."; Sambung Ah Chai dengan nada berseloroh. Jelas tiada lagi riak muka yang kusut pada wajah Ah Chai. Kusut muka Ah Chai tadi hilang sama sekali. Mungkin hilang berikutan persoalan si Ah Nuan.




Tiada ulasan: