Selasa, 31 Julai 2007

Tahukah Anda?

"Oooo...mcm tu...tapi 'Ayat Selapis' tu apa Bang?', intonasi yang dianjurkan memohon sedikit kepastian. Bukan sedikit, tapi BANYAK sebenarnya.

Pertanyaan tadi dijawab dengan ketawa sinis. Sinis sesinisnya. Bagaikan ketawa seorang yang lama berdendam. Tapi tak mungkinlah! Tak mungkin!.

Sudut kantin yang tadi penuh dengan penjawat kerajaan yang bergelar guru kini beransur lega. Hanya yang tinggal mungkin tertarik dengan ketawa sinis sebentar tadi.

Tahukah beliau yang ketawa sebegitu sebenarnya mendedahkan perilakunya? Sememangnya dia tak tahu bahawa ketawa sebegitu menunjukkan yang beliau cuba untuk mengatasi inferiority complex nya.


Kasihan! Kenapa mesti berasa tertekan dengan kehadiran orang yang ditertawakan tadi? adakah keranan manusia yang baru ditertawakannya tadi semakin mahir dalam bidang yang menernawakannya? Segalanya mungkin.


Ya, segalanya mungkin.

Jumaat, 9 Mac 2007

Saya Manusia Lazim, Encik!

Hari ini saya bakal memulakan hari-hari yang menggembirakan (harap-harapnya) dalam menempa arus kehidupan di satu lagi fasa. Taklimat penempatan oleh Puan Hajah Jamilah tadi betul-betul "membangkitkan". Kadangkala hati ini membisikkan pertanyaan-pertanyaan yang lazim ke atas makhluk Tuhan yang kekeliruan, seperti "adakah aku sudah betul-betul bersedia?", atau "betul ke lu ni mat?". Tapi bak kata ayah saya selaku pakar motivasi dan berkongsi masalah; "you have to learn your very own life; through life itself. face it!". Baiklah, ayah!

aaaaah, kerja...kumpul duit simpanan untuk berumah tangga dengan kekasih hati idaman kalbu (maafkan saya, mungkin kedengaran agak poyo) dan cuba untuk tidak berhenti meng rock. InsyaAllah.

SMKDB, here i come!