Rabu, 28 November 2012

Rentung Dalam Kebasahan

Hujan Malam kau datang lagi. Bunyi kau adalah terapi bagi setiap insan yang pandai menghargai. Dari dulu hingga kini bunyi kau tak pernah berubah, bagai mesin perakam bunyi yang usang dimainkan tanpa rosak saban puluhan tahun. Tak macam hati-hati yang aku kenali sejak puluhan belasan tahun dulu. Sikit sikit rosak, sikit sikit rosak. Naik mual dibuatnya. Nak harapkan prihatin? Kecoh!

Hujan Malam,
Ketahuilah bahawa aku ingin persis kau. Datang seketika cuma, biar ramai orang merindu.





Isnin, 26 November 2012

Dengkur Orang Muda

Pedulikan isnin dan rabu, jangan kisahkan jumaat dan selasa serta padamkan kerisauan khamis. Sabtu dan ahad yang sentiasa selesa disarung bersifat sementara bakal lenyap untuk 2 minggu lagi.

Terima kasih cuti hujung tahun. Terima kasih kerana membuatkan aku rasa muda.


(Ditemani oleh Glosoli - Sigur Ros)

Selamat lah semuanya

Mungkin kali terakhir aku di sini hati terlalu berkira-kira untuk menulis. Kesannya, nah! Perlu aku simpulkan dengan hanya dua keping gambar digital. Masa berlalu pantas cuma yang penting kini nampaknya hanyalah anak perempuan dan epik bunyi yang dipersembahkan jumaat lepas di kota singa.



Selamat kembali.