Jumaat, 9 Mac 2007

Saya Manusia Lazim, Encik!

Hari ini saya bakal memulakan hari-hari yang menggembirakan (harap-harapnya) dalam menempa arus kehidupan di satu lagi fasa. Taklimat penempatan oleh Puan Hajah Jamilah tadi betul-betul "membangkitkan". Kadangkala hati ini membisikkan pertanyaan-pertanyaan yang lazim ke atas makhluk Tuhan yang kekeliruan, seperti "adakah aku sudah betul-betul bersedia?", atau "betul ke lu ni mat?". Tapi bak kata ayah saya selaku pakar motivasi dan berkongsi masalah; "you have to learn your very own life; through life itself. face it!". Baiklah, ayah!

aaaaah, kerja...kumpul duit simpanan untuk berumah tangga dengan kekasih hati idaman kalbu (maafkan saya, mungkin kedengaran agak poyo) dan cuba untuk tidak berhenti meng rock. InsyaAllah.

SMKDB, here i come!