Sabtu, 13 Mac 2010

Lihai




rimbun-rimbun tenang seakan terganggu dek darmawisata. Pusang pun apa ertinya jika kita seorang?





//hfdz. Ditemani lagu dari BSS; Cocaine Skin.

Rabu, 3 Mac 2010

Malam.

Selamat datang, Malam.

Jangan malu atau segan menyelinap masuk diseparuh umur hari saya.
Terus-terang saja; yang kau sedikit kedekut tentang wang yang diistilahkan, yang difahami, sebagai MASA; oleh semua makhluk berakal dan bijak.

Akan jumpa lagi.



//hfdz

Jam Sembilan Belas Minit Lima Puluh Lapan

hello manusia.

Harus ditepuk semua jangkaan yang pra-pra itu semua.
Biar yang wangi-wangi saja timbul.




//hfdz

Selasa, 2 Mac 2010

Sempurna

Harus bagaimana yang dikatakan sempurna?

perfectionist konon!

nanti bila malam tiba lagi akan diberadukan sedaya upaya segenap tenaga tentang semua itu. dan setelah itu, pasti sedikit perlahan nafas yang sentiasa tercungap pantas. Kemudian satu demi satu kemalasan major kamu itu mati. mati. mati.

janganlah takut.



//hfdz

Jam Dua Puluh Dua Minit Kosong Sembilan.

ke mana perginya semua arus pemahaman deras yang mengalir menderu-deru dahulu? Konsekuen nya jelas. semua tampak berani malah ada yang gemuruh bila semua kenyataan menjengah.


Sementara ada waktu dan tenaga, berilah sedikit kasihan.



//hfdz

Tidak Dapat Tidak.



percikan kelam yang timbul ditengah keramaian;

seharusnya akan ada warna-warna kegirangan melambung banyak tidak terkira digenap inci perasaan hari ini. namun yang ditunggu berganti yang semakin musykil tetapi cantik.

seharusnya akan ada warna-warna jauhari terulang banyak tidak terkata disetiap detik rintih perasaan hari ini. namun yang ditunggu berganti yang semakin musykil tetapi cantik.

seharusnya akan ada warna-warna gemerlapan melambung banyak tidak terungkai disekitar perasaan hari ini. namun yang ditunggu berganti yang semakin musykil tetapi cantik.

seharusnya akan ada warna-warna intan berlian melambung banyak tidak terkira digenap inci luas mata memandang. namun yang ditunggu berganti yang semakin musykil tetapi cantik...

cantik tapi keliru;

keliru tapi segar;

segar bagaikan bintang;

bintang yang paginya akan datang, dan hilang bila setiap helai nafas dihirup bersama semua kegusaran yang entah bila akan pastinya memamah keupayaan menaakul setiap budak lelaki janggal persis aku.









//hfdz. ilustrasi dipinjam tanpa izin dari Chad Vangaalen.

H untuk Hijau.


tak sempurna?

bila nanti jus yang berwarna berperisa kepandaian menerjah ke semua pusat membeli belah alam maya atau realiti. kamu semua beli dan melanggan dengan senang hati. sebelum apa-apa rasa dimasukkan ke pembuluh darah, kamu kamu dan kamu juga kamu serta kamu kamu, jangan lupa cari tandatangan saya sambil perhatikan jarum menghirup semua jus. pegang botol dengan tangan kiri tumpukan perhatian pada semua sudut kerana pasti megah terpalit tandantangan saya, manakala tangan kanan teruskan. teruskan; jangan segan.

kepada yang:

bulat nampak lonjong,
sumpik nampak cantik,
terang nampak gelap,
senang nampak susah,
panjang nampak pendek,

pasti semua puas hati bila apa yang dipinginkan semua ke pangkuan realiti. tetapi jangan ditangisi bila yang dipinginkan sedikit pahit.


bawa banyak bersabar.





//hfdz.