Sabtu, 19 Januari 2008

Cloverfield





IT AWESOME, PEOPLE!

Biar Betik

Kena tekad untuk buat keputusan. Tak selesa yang amat!

Rasa nak makan telur bungkus tanpa sayur di Bemban. emmm : )

Jumaat, 18 Januari 2008

Pergi Terapi Jiwa la wei!

Pedulikan kata orang. Pedulikan selagi
Kadangkala apa yang kita hajati mungkin tak tercapai. Hendakkan sesuatu yang lain, tetapi dapat 'seakan-akan' sahaja. Tak apalah...

Khamis, 17 Januari 2008

Bila Sudah Besar

"Kenalkan ini tunang gua, saja hantar ke bus stand ni ha"

"oh! gila la lu dah bertunang!...wei Mat Tar apa cerit ha? tak tau apa jadi kat dia..."

"Ntah la wei. gua pun memang nak cari dia balik beb."

"Perggghh...lama gila tak dengar khabar mamat tu. Entah hidup entahkan mati huhu"

"Jom lepak sembang sembang...lama tak jumpa lu sial! aku belanja minum! hahaha"

"Alamak Nobe, tak boleh beb. wa dah janji nak pergi Tangkak ambil barang ah...lain kali la beb. gua call."

"Ye la, ye la...sibuk macam perdana mentari pulak lu..aduh mak!"

"Hahahaha. ok beb. chow!...kahwin jangan lupa ajak tau muahahaha..."

Dialog di atas adalah diantara saya dengan kawan lama. Kawan baik yang paling awal pernah saya pernah ada; Nizam. Kami begitu akrab sewaktu di sekolah rendah dulu. Selalunya kami bertiga. Seorang lagi ialah Tarmizi. Masing-masing nama panggilannya ialah Nobe dan Mat Tar. Ke mana saja mesti bertiga. Waktu persekolahan atau luar waktu persekolahan, kami sering dilihat bersama. Sempat jugalah berkoloborasi membuat komik. Kartun dilukis mengikut jalan cerita kami bertiga. Difotostat dan di edarkan kepada rakan kelas lain. Ala ala zine.

Mat Tar dan Nobe jugalah sebenarnya penyebab utama saya terikat dengan dunia rock & roll. Bermula dengan siulan mesra The Man Who Sold The World (oleh David Bowie dan dipopularkan oleh Nirvana di awal 90an) sewaktu di dalam kelas, Mat Tar sering menunjukkan skecth book nya yang berisi gambar-gambar Kurt Cobain. Mulanya tidak begitu menarik bagi saya kerana pada waktu itu, saya sering disuapkan dengan The Beatles, The Who, The Door, Bad Company, Uriah Heep, Deep Purple dan lain-lain lagi koleksi ayah saya. Tetapi apabila Nobe mempengaruhi saya untuk melihat semula iklan minuman ringan pada masa itu, di mana seorang anak gadis sedang melihat ke rooftop mencari-cari arah datangnya bunyi gitar elektrik. Kemudian, lelaki berambut paras bahu, berpakaian kemeja kotak-kotak dan berseluar lusuh serta berkasut snickers Converse hitam high cut dipaparkan sedang terlompat-lompat 'melayan' alunan strumming nya. Imej grafik yang diperlihatkan selama lebih kurang 1 minit lebih itu cukup membuatkan saya terpinga-pinga. Sama ada faham dengan tak faham. Yang penting ianya cool!. Ya, cool. Dan ketika itu jugalah saya rasa buat pertama kalinya memahami erti kata 'COOL'.

Tamat darjah 6, kami terpisah kerana bersekolah ditempat yang berasingan. Pada awalnya masih ada hubung-menghubungi. Kemudian keadaan berubah. Mungkin kerana pembudayaan di sekolah baru membuatkan kami terlupa akan keakraban persahabatan kami. Sedar-sedar, Mat Tar sudah hilang entah ke mana, Si Nobe kemudiannya berpindah ke Johor Bharu.

Kami tak mungkin dapat seperti dulu lagi.

K Untuk Kawan

"Mentari sentiasa bersinar walaupun si buta tidak dapat melihat", kata si kecil Ah Chai dgn nada defensif. Cuba untuk menyampaikan sesuatu lagaknya. Ada sesuatu yang bermain dikepalanya sejak akhir-akhir ini. Benda yang semakin sulit untuk diterangkan. "Minat, hobi,....aaah..entahlah", Bentak hati kecil Ah Chai.

"Ya", keluh Ah Nuan bersahaja. Persis acuh tak acuh. Sengaja mengganggu lamunan Ah Chai yang sejak dari tadi begitu asyik bermain asap yang keluar bersama kata-kata defensif dari mulutnya.

Ah Nuan cuba untuk menenangkan Ah Chai tetapi dia mahu cara lebih 'bersahaja' dan tidak menekan. Yakin tindakan mengubah topik perbualannya itu bakal membuatkan Ah Chai lupa sebentar dengan masalahnya, dia bingkas bangun sambil berkata, "borang Muzium kau dah ambil kan?". "Aku mahu cuba".

Mereka berdua saling berbalas pandangan. Kerut di dahi Ah Chai ditelan Ah Nuan dengan penuh tanda tanya. Perlahan Ah Chai meraba-raba sesuatu di dalam beg hijau kepunyaannya. " Nah", kata Ah Chai dengan senyuman. "Mmmm", tersekat nafas Si Ah Nuan menyambut borang yang dia sendiri tak tahu apa tujuan. Yang dia tahu sekarang ialah; cari kerja sementara. Duit simpanan baki pinjaman PTPTN nya semakin susut, jadi dia mesti berbuat sesuatu sementara menunggu panggilan dari Kementerian Pendidikan yang sering menjanjikan kata-kata yang setakat ini dilihat sekadar ungkapan untukmenenangkan hatinya.


Sambil membalas senyuman Ah Chai, Ah Nuan menerung dalam sekeping kertas tersebut sambil menggigit-gigit bibirnya.

Keadaan sunyi seketika. Suasana agak kelam diselebungi hampas tembakau yang setia menemani Ah Chai sejak beberapa tahun yang lepas. Hanya terdengar bebelan kecil Ah Nuan yang cuba memahami kehendak sekeping kertas yang baru diperolehi dari Ah Chai tadi.

"oh, ya...", Ah Chai cuba memulakan perbualan yang dari tadi terputus. Tapi belum sempat pun nafasnya ditarik ke rongga paru-paru yang mula dipenuhi oleh asap si nikotin, Ah Nuan menyampuk sekaligus memotong buah bicara Ah Chai, "aku baru perasan di borang ni ada tulis RM2. Aku bagi nanti ya?". Kata Ah Nuan sambil tersengih.


"RM2?...Ah Nuan, apa tu?", Sambil menggaru kepalanya yang sememangnya gatal itu. Kemudian cepat-cepat dia mengias rambutnya. Ah Chai yang lebih senang dengan konsep rambut yang seakan-akan 'terbiar' itu kemudiannya menyambung perlahan;"...akuu", ah Chai berhenti seketika. Menghela nafas diiringi dengan si nikotin peneman setia Ah Chai."...belikan khas utk kau...ambilah..gunakan ia tanpa was-was.."; Sambung Ah Chai dengan nada berseloroh. Jelas tiada lagi riak muka yang kusut pada wajah Ah Chai. Kusut muka Ah Chai tadi hilang sama sekali. Mungkin hilang berikutan persoalan si Ah Nuan.




Rabu, 16 Januari 2008

Selalunya


Kalau diberikan saya peluang untuk pergi ke zaman silam, ingin saya pergi ke saat di mana semua kesilapan saya dengan dia dan perbetulkan. Saya hendak jadi apa yang dia mahukan. Dan jika DIA adalah ketentuan saya. Saya rela jadi Pak Lawak Bodoh hanya untuk mengembirakan hatinya. SELALUnya...saya rela.

Selasa, 15 Januari 2008

Kononnya

Hilaian tertawa rakan-rakan sekerja menyusul selepas mendengar jawaban saya yang memilih mahu berbasikal ke sekolah daripada membeli kereta. Isk! Bukan tidak mahu berkereta, tetapi...'belum sampai seru' mungkin?

"Kau ni sebijik macam ayah kau la Fidz, selera lain macam!" kata seorang rakan sekerja yang umurnya hampir sebaya dengan ayah saya. Pernyataan yang tersembur spontan itu membuatkan saya sedar dari mana saya mewarisi sifat ganjil ini. Saya tak peduli. Deposit sudah dibayar HAHA!

Sekarang saya sedang menunggu Nona untuk ke kedai basikal di Tengkera. Sudah lama saya mengidam basikal yang klasik seperti itu. Sekarang baru ke temu. Berwarna krim, lengkap dengan bakul dan locengnya tetapi semua peralatannya, dari rim, hub ke pengikat seat (tempat duduk)...adalah SHIMANO dan beberapa jenama yang terkenal. Aha!, dan ada dynamo yang paling cool dalam dunia turut melengkapi bakal basikal saya yang diimport dari negara matahari terbit.


TUNGGU!