Rabu, 17 Februari 2010
Pertanyaan.
Tuan dan Puan,
Jika ditanyakan tentang sekelumit rasa yang singgah di hujung bahagian hati yang hampir penuh, pasti si meriah tak sanggup menjadi-jadi.
Jika ditanyakan juga tentang sekelumit rasa yang terpalit di hujung bahagian hati yang baru bernafas semula, pasti si meriah tak akan berpaling-paling.
Jika ditanyakan sekali nanti tentang sekelumit rasa yang terpaku tepat di hujung bahagian hati yang berbau nahas, pasti si meriah tak akan melaung-laung seperti selalu.
Jika ditanyakan tentang sekelumit rasa yang terjerat di hujung bahagian hati yang menggelupas merah, pasti si meriah tak akan menjerit halus.
Nah, lantas apa mungkin sekelumit rasa itu menerobos ke ruang akal?
jangan sesekali biarkan ia menerawang kerana kelak akan digagahi juga segala kemusnahan.
Bodoh.
//hfdz. ilustrasi dipinjam tanpa izin Chad Vangaalen.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan