KEJAM
Yes. Bahagian saya yang satu lagi sering berkata saya kejam terhadap semua orang yang berkenaan. Saya marah murid yang tidak bawa buku, saya herdik murid yang tidak membuat kerja rumah. Bila tiapkali sesi pembelajaran saya sudah kurang berjenaka. Ada saja jenaka yang tak kena tempat saya terus tembak. PAM! PAM! Jangan ada saja yang silap kerana bagi saya kesilapan kalau tidak dibendung akan melarat dan memalukan sehingga tahap ini. Masa kecederaan.
KEJAM
Ramai yang tidak faham mengapa mereka disogok dengan kerja rumah dan adakalanya mereka cuba protes. Protes. Protes dan protes. Tetapi persoalannya ialah apalah protes itu jika nak dibandingkan dengan apa yang saya nampak dengan jelas. Masa depan mereka jika mereka terus terabai.
KEJAM
Perlu ada peneguhan dan seseorang harus lakukannya.
KEJAM
Seseorang harus memukul dan mengherdik pelajar yang rata-ratanya tidak tahu mengeja walaupun sudah berada di Tingkatan 5. Seseorang perlu memarahi degan kasar kepada pelajarnya yang tidur ketika menjawab soalan percubaan SPM. Seseorang perlu lakukan kekejaman itu sebelum mereka tahu yang mereka sudah tidak dapat lagi mengubah nasib selayaknya bagi mereka yang buta huruf. Mereka harus tahu yang seseorang itu bukannya mau melukai apatah lagi membuang masa berleter kerana ada seseorang yang tidak mahu mereka terus hanyut. Hanyut ke lubuk kekecewaan.
KEJAM
Stop. Berhenti.
Saya masih ada lagi pelajar yang cerdik dan pintar. Pengubat luka. Tidak sombong dan kurang ajar, apatah lagi buat muka paiseh. Mereka; si Kacak dan si Manis-Manis ini bijak mentafsir setiap ucapan saya. Saya tahu mereka mereka ini datang dan pergi. Saya tetap berharap mereka cukup untuk beri saya kekuatan seterusnya sehingga saya pencen nanti.
Selamat hari raya. Wife saya masak kerang sambal berapi untuk juadah berbuka hari ini. Pasti sedap seperti ketam masak pedasnya semalam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 ulasan:
tu antara sebab kenapa saya tolak interview menjadi pelajar maktab perguruan..sebab pembengis..:)
btw selamat hari raya cikgu abdul hafidz
Best nya, Nona masak. Rindu la wei!
@Amar: ini kerja mmg tak tersanggup Mar. HAHA
@Mohd Jayzuan: Sagil!
tapi pahala tinggi boss
best nye ade org rumah...hee..=)
Catat Ulasan