Khamis, 30 Julai 2009

Suka

29/7/2009

Cantik betul hari ni. Dari pagi saya keluar bekerja hinggalah pulang. Malam pula senyap sunyi tanpa bunyi kenderaan. Bintang bersinaran gemilang. Saya kira hampir 5 kali saya perhatikan langit dari siang ke malam. Saya suka pada warna dan bentuk awan. Menenangkan. Dan yang paling saya suka ialah ketika tengahari, dibawah celah dedaunan, ranting dan dahan; memerhatikan warna awan disebalik panahan matahari dari bawah pokok. Lebih seronok jika ditiupi angin nyaman. Saya suka buat benda sebegini secara berseorangan. Kalau ramai-ramai belum pasti mereka faham. Pernah suatu ketika saya menyelinap masuk ke sekolah rendah saya semata-mata ingin berbuat aktiviti ini. Sudah penat berdiri, saya berbaring di dalam longkang kering. Tak perlu pedulikan orang lain. Tunggu sampai jam 4, boleh terus main bola di padang sekolah.

Sekarang sudah kurang jumpa pokok. Bukan Jasin maju sangat tetapi saya yang kurang keluar ke tempat yang berpokok. Depan rumah pun takda pokok. Ada pun tengok dari jauh saja. Teringin berbuat begitu lagi tanpa ditemani rasa kesal hadiah dari dunia hari ini.


Betul-betul teringin.

1 ulasan:

MJ berkata...

Aku rasa aku macam faham je perasaan tu...