Khamis, 23 Jun 2016

Rezab Nasihat

rezab dulu semua nasihat
berhenti menikmat matlamat
kerana kita wahai kawan, sedang sama-sama sesat.

Sabtu, 18 Jun 2016

Ketawa Kau Ketawa

aku ketawa bila kau ketawa
memperkecilkan dunia
tanpa sedar akan bahaya

aku ketawa bila kau ketawa
dalam perit gema
menelan kau dan ketawa

Rabu, 15 Jun 2016

Momen Murni

lekas
dia hiriskan jalur malam
buat kau hisap gembira
membina pelangi
dan mentari pagi
untuk kau telusuri
momen murni
semirip apa 
yang bapa-bapa kita
mimpikan

Isnin, 13 Jun 2016

Katana Morgana

langit marah tadi malam
seperti entah siapa yang mendustakan
untuk dosa yang kali ke berapa dipaksa telan

absurditi tadi malam berpantun
dengan kompang alam 
memeluk logamaya 
mengharap nyawa

titik (.) aku serik




13 Jun 2016 05:37AM

Isnin, 14 September 2015

melawan

rebellious dengan berpanduan hatred itu yang sepertinya akan selalu dirayakan. cuma aku yang bosan.

Ahad, 23 November 2014

Sudu

Ketika anda ditanya soalan ketika sedang menyuapkan makanan menggunakan sudu, soalan yang paking tidak mencernakan muhibbah ialah:

Sedapkah rasa sudu tersebut?


--- makan itu objektif / misi
--- sudu itu alat untuk capai objektif / misi

Nah. Ternyata gua masih belum faham mengapa setiap proses itu wajib dicintai.

Selasa, 13 Mei 2014

silakan

malam terang / alam terbentang / tapi sayang / esok meeting petang.

Jumaat, 14 Mac 2014

Kering

setiap dasar yang didasari dengan dasar-dasar yang berdasarkan dasar orang yang tidak bijak mendasari dasar itu seharusnya:

dibiar kering.

kering seperti aku.

Rabu, 12 Februari 2014

semahal semalam

dengar dan tataplah setiap ruang penjuru hari ini. sepuas mana hati kau dan aku mahu. yakin dan pasti, manis atau pahit; semalam adalah lebih mahal.

Rabu, 13 Februari 2013

Syurga

Kelmarin mereka datang dengan tanpa bawa apa-apa, namun apa yang dicita ternyata syurga.


Terima Kasih Tuhan.

Selasa, 29 Januari 2013

Sedu

Maaf Tuhan
Dalam bingit sendiri menyepi

Maaf Tuhan
Kadang pilih gelap dari cerah

Maaf Tuhan
Atas kenakalan insan kerdil

Maaf Tuhan
Aku cuma mahu hidup

Maaf Tuhan
Maaf Tuhan

Khamis, 10 Januari 2013

Ingat Hari Ini

"...mmm betul ke ni? Siapa yang suruh?", bisik Ah Nuan perlahan tapi jelas.

"Takda siapa. Cuma nak kurangkan
dosa awak..."

Awan, pokok, burung yang cantik cantik dan yang baik baik terpampang di depan mata.

Jumaat, 4 Januari 2013

Kurang Benar

Jika ditakdirkan kebenaran itu adalah untuk disalahgunakan, apalah salahnya yang salah tetap diakui kesalahannya.


Terima Kasih Tuhan Kau kurniakan aku sekali lagi Januari yang ke tiga puluh kali.

Ahad, 23 Disember 2012

Rasa Rasa

Padang lapang laut luas bima sakti terbentang. Tinggal lagi sejengkal.

Isnin, 17 Disember 2012

Tiga Puluh

Ternyata yang taat itu hanya bertujuan penjinakan.


Selamat Malam.

Selasa, 11 Disember 2012

Sembarang

Idea ganjil datang lagi, kurang sempurna lah tanpa kaki...

Rabu, 5 Disember 2012

Lunas

Misalan bahaya berbaur selamat, maka kurniakan sedikit nikmat.


Jumpa nanti, kesibukan dunia.

Selasa, 4 Disember 2012

Keluh Kesah Jiwa Resah

Dan lagi mahu aku gesa seluruh dunia agar peka; jika tiada lagi masalah itu sebenarnya bukanlah yang dikatakan hidup bahagia kerana terang sekali bahagia itu hadir selepas badai pancaroba.


Waimah ulat yang meratah cebis turut terpalit masalah apatah lagi manusia yang punya harta benda.


Tuhan, moga Kau berikan jalan.

Kopi & Cucur

Kadangkala benda yang paling mudah adalah jawapan kompleks kepada semua masalah yang terhumban bersarang di kepala menerobos segala ruang dan masa.


Terima Kasih hujan malam.

Rabu, 28 November 2012

Rentung Dalam Kebasahan

Hujan Malam kau datang lagi. Bunyi kau adalah terapi bagi setiap insan yang pandai menghargai. Dari dulu hingga kini bunyi kau tak pernah berubah, bagai mesin perakam bunyi yang usang dimainkan tanpa rosak saban puluhan tahun. Tak macam hati-hati yang aku kenali sejak puluhan belasan tahun dulu. Sikit sikit rosak, sikit sikit rosak. Naik mual dibuatnya. Nak harapkan prihatin? Kecoh!

Hujan Malam,
Ketahuilah bahawa aku ingin persis kau. Datang seketika cuma, biar ramai orang merindu.